Message from the Sarawak Education
Director
(Putit Matzen)

Jabatan
Pendidikan Sarawak mengalu-alukan Ulang Tahun yang Ke-50 SMB Methodist,
dan mengucapkan Tahniah kepada Jawatankuasa Pengelola Perayaannya.
Bermula sebagai ‘sekolah mission’ dalam keadaan serba daif
selepas perang, pihak pengurus sekolah ini sentiasa peka terhadap
kehendak semasa, dan mampu berubah mengikuti berbagai-bagai tuntutan dan
pasaran pihak Kerajaan Negeri dan Kebangsaan, secara penuh matang dan
mampan mencapai kejayaan dan kualiti pendidikan yang boleh dibanggakan.
Pada tahun 1996 sekolah ini mendapat anugerah sebagai Sekolah Harapan
Negara Peringkat Kebangsaan, satu-satunya ‘benchmark’ institusi
pendidikan yang amat dipuji serta disanjung tinggi untuk dicontohi.
Di samping iltizam, dan kesungguhan pihak pengetua, para guru dan
pelajar sekolah ini, budaya kecemerlangan yang wujud di sekolah ini juga
adalah hasil daripada kerjasama pelbagai pihak, khususnya, sinergi di
antara pihak Lembaga Pengurus Sekolah dan para ibu bapa pejalar sekolah.
Jasa dan usaha yang disepadukan dalam mengurus dan membangunkan sekolah
ini wajarlah diteruskan demi kemajuan dan kejayaan para pelajar sekalian.
Saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua
tokoh masyarakat yang telah banyak memberi sumbangan kepada kemajuan
sekolah ini di masa-masa lepas, khususnya barisan pengetua yang silih
berganti tetapi berjaya meneruskan budaya cemerlang yang amat
menyakinkan seluruh masyarakat dulu dan kini.
Tahniah dan Selamat Merayakan Hari Ulang Tahun Ke 50 ini.

Putit
Matzen
Sarawak Education Director